Bidang fotografi memang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran.. Untuk mendapatkan satu shot yang menarik, masa dan teknik amatlah dititikberatkan. Masa yang terbaik untuk mendapatkan cahaya dan suasana yang menusuk kalbu, waktu subuh, selepas subuh, matahari terbenam dan ketika waktu senja menjadi taruhan. Lokasi yang menarik juga amat penting jika subjek yang ingin ditonjolkan mendapat daya tarikan yang optimum. Untuk mendapatkan gambar seperti di bawah, saya bangun seawal jam 6.30 pagi. Bertempatkan lokasi di Padang Bukit, Rantau Panjang, saya dapat mengambil gambar cahaya di celahan pokok. Nasib memang menyebelahi saya ketika ini kerana, pada hari-hari yang berikutnya, tiada lagi cahaya yang menyimbah untuk diabadikan.
Selain itu, pengetahuan mengenai penggunaan perisian Adobe Photoshop amat berguna.
Ashadi Rashid | Create Your Badge